Skip to main content

MANUAL KORPORAT

Pendahuluan

Selaras dengan hasrat Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) untuk memperkasakan lagi nama UTHM, pihak Universiti telah memperkenalkan logo baharu UTHM yang menonjolkan penataan akronim yang menyerlahkan nama UTHM. Logo baharu ini merupakan sebahagian penjenamaan semula imej korporat universiti yang tampak lebih menarik dan segar. Logo baharu universiti diperkenalkan bersempena sambutan ulang tahun yang ke-20. Penukaran kepada logo baharu ini berkuatkuasa pada 20 Ogos 2013.

Konsep keseluruhan logo ini melambangkan UTHM sebagai sebuah Univesiti Awam (UA) yang mendukung pengembangan dan pembangunan ilmu di pelbagai peringkat di dalam bidang sains dan teknologi.

Semoga dengan logo baharu ini, UTHM terus kekal trampil berdaya saing serta menjulang universiti ke tahap yang semakin cemerlang.

Nota Panduan

“Ilustrasi yang disediakan menerusi manual ini hendaklah menjadi sumber muktamad dalam usaha menyelesaikan ketidakpastian atau kesamaran”.


Lambang Korporat

Warna biru melambangkan hubungan erat antara warga UTHM yang memastikan kejayaan dan kemantapan pelaksanaan program-program dan aktivitinya dalam bidang pendidikan dan penyelidikan yang memacu sumbangannya ke arah kesejahteraan sejagat.

Warna merah pula adalah konsep keberanian UTHM meneroka bidang-bidang baru sebagai peneraju aplikasi sains dan teknologi sekaligus menggambarkan kecekalan semangat dan jati diri warga UTHM.

WARNA KORPORAT |

JENIS HURUF |

Perhatian hendaklah diberikan agar tidak berlaku sebarang pengubahsuaian terhadap kedudukan di antara logo dan huruf.

Huruf ‘U’,’T’,’H’,’M’ bagi logo taip ini menggunakan Triplett CG.

Huruf ‘Universiti Tun Hussein Onn Malaysia’ bagi logo taip ini menggunakan Triplett CG.

Versi Warna

Warna Asal |
Warna Hitam Sahaja |
Warna Putih Sahaja |

Warna Asal
Dalam keadaan yang mungkin, logo mesti menggunakan versi warna asal.

Warna Hitam atau Putih
Dalam keadaan yang tidak sesuai menggunakan versi warna asal, warna hitam atau putih boleh digunakan.


Pembentukan logo dengan grid

Penggunaan Grid adalah sebagai panduan teknikal bagi pembentukan logo supaya sentiasa jelas di samping dapat memastikan keseragaman penggunaannya. Logo dan perkataan UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA hendaklah dipastikan supaya tidak digunakan secara berasingan sama ada dalam bentuk apa jua kaedah pembesaran atau pengecilan.

Contoh pengasingan logo yang tidak dibenarkan


Contoh Variasi Saiz

Penggunaan perkadaran (propotionally) adalah sebagai panduan teknikal bagi penggunaan logo supaya sentiasa jelas di samping dapat memastikan keseragamannya.

Ilustrasi yang disediakan di sini adalah di antara saiz yang dibuat secara sekata mengikut kepelbagaian penggunaannya.

Saiz maksima logo tidak terhad tetapi sisi logo mestilah sama. Manakala saiz minima logo adalah saiz di mana huruf yang membentuk perkataan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia itu masih boleh dibaca, juga bergantung kepada saiz aplikasi bahan yang hendak digunakan mengikut perkadaran yang sesuai. Contohnya, logo yang dijadikan pin baju.


Penggunaan Logo Untuk Percetakan Teknikal

Warna memainkan peranan yang penting untuk memastikan keseragaman identiti korporat UTHM lebih tersusun, kemas dan efektif.

Ilustrasi yang disediakan ini adalah di antara beberapa contoh pembentukan logo UTHM dalam pelbagai versi warna terhadap penggunaan latar belakang yang berwarna gelap dan cerah.


Contoh-contoh pengubahsuaian logo yang tidak dibenarkan


Panduan penggunaan logo sambutan/iringan

Penggunaan logo sambutan/iringan merupakan sebahagian daripada usaha penjenamaan universiti. Sehubungan itu, logo sambutan/iringan ini hendaklah digunakan bersama logo rasmi UTHM, di setiap gegantung, kain rentang, tirai latar atau bahan promosi yang lain sepanjang tahun sambutan.

Berikut adalah garis panduan penggunaan logo sambutan/iringan di mana logo UTHM diletakkan di sebelah kiri dan sambutan/iringan di sebelah kanan.

Logo sambutan/iringan TIDAK BOLEH digunakan tanpa logo UTHM.

  • Logo sambutan/iringan hendaklah hanya dicetak melalui hasil seni (artwork) yang dimuat turun dari portal rasmi UTHM.
  • Logo sambutan/iringan tidak boleh dilukis semula dalam apa-apa cara sekalipun. Manipulasi pada mana-mana bahagian adalah tidak dibenarkan
  • Logo sambutan/iringan untuk tujuan komersil adalah tidak dibenarkan.
    Kedudukan logo universiti bersama-sama logo agensi luar di dalam program/majlis anjuran bersama.
    Gandingan Logo UTHM dan Logo Kementerian.
    Penggunaan logo UTHM MESTI diletakkan di bahagian KANAN sekiranya digandingkan dengan mana-mana logo kementerian. Representasi kedua-dua logo tersebut mestilah diletakkan secara beriringan di dalam penghasilan apa jua jenis karya grafik dengan mengambilkira logo kementerian mestilah didahulukan. Contoh menunjukkan kedudukan logo UTHM apabila berkolaborasi dengan pihak kementerian.

    Penggunaan logo di peringkat Pusat Tanggungjawab (PTj)

    1. Pusat Tanggungjawab (PTj) diwajibkan meletakkan logo universiti bagi sebarang bentuk promosi dan hebahan termasuk kain rentang, gegantung, poster, baju, cenderamata dan sebagainya.
    2. Penggunaan logo PTj adalah TIDAK DIBENARKAN, kecuali yang memenuhi syarat dan kriteria seperti berikut:
      i. Kategori Pengkomersilan;
      - Pusat lnovasi & Pengkomersilan
      - Pejabat Penerbit
      - Pusat Wakaf dan Endowmen
      - Pusat Pendidikan Berterusan (CEC)
      - APEL
      ii. Kategori Pusat Kecemerlangan
      iii. Kategori Badan Beruniform
      iv. Kategori PTj yang tertakluk kepada keperluan agensi berkaitan seperti Pejabat Persekitaran, Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSHE)
      v. Kategori Kelab/Persatuan staf dan pelajar

    Contoh logo PTj yang dibenarkan:

    Kedudukan Logo pada laman web PTj

    1. Laman web PTj hendaklah memaparkan logo rasmi UTHM dan dikuti dengan nama PTj.
    2. Representasi logo rasmi UTHM bersama nama PTj mestilah mengikut tatacara yang betul. lni bagi memastikan keseragaman identiti korporat UTHM terperlihara.
    3. Tatacara perletakannya adalah seperti berikut:

    Kedudukan Logo Pada Paparan Hebahan

    Contoh kedudukan logo pada kain rentang dan gegantung

    Saiz kain rentang tidak boleh kurang atau lebih sebagaimana saiz kain rentang rasmi universiti iaitu 16’ x 4’.

    Kedudukan logo universiti tidak tertakluk kepada mana-mana bahagian kanan, tengah atau kiri selagi ianya di bahagian paling atas dengan saiz yang sesuai.

    Logo universiti perlu berlatarbelakangkan putih.

    Kedudukan logo UTHM bersama PTj

    • Logo setara boleh diletakkan bersebelahan logo rasmi universiti sekiranya program/majlis adalah anjuran bersama universiti dan agensi kerajaan. Contoh: Logo Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
    • Logo PTj/Bahagian/Pusat dari dalam universiti yang menganjurkan sebarang bentuk program hendaklah berada di aras bawah logo universiti samada kiri, kanan atau tengah dengan saiz yang tidak terhad.

    Contoh kedudukan logo pada gegantung

    Semua pempamer haruslah konsisten dalam kedudukan logo melalui kegunaan elemen rekabentuk utama.

    Kedudukan logo universiti pada bunting seharusnya berada di kawasan tengah paling atas.

    Logo universiti perlu berlatarbelakangkan putih.

    Nama atau logo PTj/penganjur bersama perlu berada di sebelah bawah.


    Motif Korporat

    Motif Korporat Universiti ini adalah “pucuk rebung”. Motif ini juga telah direkabentuk sebagai arca universiti. Simbolik kepada motif pucuk rebung ini adalah visi dan misi universiti yang bertekad untuk menjadi universiti yang terus menjulang dan memacu anak bangsa menerusi pendidikan sains dan teknologi.