Skip to main content

Sudut EKSA

Dasar EKSA UTHM

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia komited dalam mengamalkan budaya kerja produktif inovatif dan kreatif serta persekitaran yang kondusif bagi memastikan sistem perkhidmatan yang berkualiti, cekap dan efisien melalui pelaksanaan EKSA yang berterusan.

Objektif pelaksanaan EKSA di Universiti adalah bertujuan untuk :

  1. Meningkatkan imej korporat;
  2. Menyemarakkan aktiviti kreatrviti dan inovasi selaras dengan tuntutan pihak yang berkepentingan
  3. Menyemarakkan aktiviti ke arah mewujudkan persekitaran hijau melalui pembudayaan amalan hijau
  4. Memperluas pelaksanaan di PTj bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif
  5. Memastikan elemen pengauditan memenuhi keperluan kepelbagaian PTj

Carta Organisasi EKSA PPKK


Hebahan Hari Kitar Semula


Hebahan Kempen Penjimatan Tenaga, Elektrik dan Air


Hebahan Audit Integrasi EKSA


Hebahan Gotong-Royong EKSA


Gotong-royong EKSA PPKK dan Pejabat Canselori sokong usaha UTHM jadikan kampus kondusif dan lestari

BATU PAHAT – Bagi menyemarakkan budaya kerja yang sistematik dan persekitaran kerja yang kondusif, Pejabat Pemasaran dan Komunikasi Korporat (PPKK) bersama Pejabat Canselori, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) meneruskan usahanya melaksanakan Program Gotong-Royong EKSA pada 15 Ogos 2025 lalu.

Untuk rekod, hasil komitmen yang diberikan kedua-dua pejabat pada tahun ini, sebanyak 450.3 kilogram (kg) bahan kitar semula terdiri daripada suratkhabar (389.3kg), kertas campur (54kg) dan kertas kotak (7kg) berjaya dikumpul dan dijual.

Menurut penyelaras aktiviti, Mohd Faisalluddin Abdul Aziz, inisiatif itu bukan sahaja memperkukuh amalan EKSA (Ekosistem Kondusif Sektor Awam) tetapi juga mendidik warga kerja mengenai kepentingan pengurusan sisa dan nilai ekonomi bahan terpakai.

Selain memupuk semangat kerjasama dan memastikan persekitaran kerja yang mesra warga, program itu turut menjadi medan untuk menyelaras peranan setiap warga dalam mencapai objektif EKSA.

“Melalui aktiviti ini, kita bukan saja menjaga persekitaran, malah menjana pendapatan kecil untuk tujuan kebajikan pejabat.

“Oleh itu, program seumpama ini akan diteruskan secara berkala selari dengan hasrat UTHM untuk terus komited dalam mewujudkan persekitaran kerja yang sistematik dan Lestari,” katanya.

Program gotong royong itu diisi dengan sesi taklimat pengenalan semula EKSA serta pembahagian kumpulan mengikut zon, PIC ruang dan perkongsian hebahan mengenai kempen-kempen kitar semula, penjimatan elektrik, air dan tenaga.

Taklimat yang disampaikan oleh wakil Jawatankuasa EKSA, Norhuda Khamis itu bertujuan memastikan setiap staf memahami tanggungjawab dan tugasan masing-masing.

Aktiviti diteruskan dengan pelaksanaan kerja-kerja pembersihan dan penyusunan ruang pejabat, pengumpulan bahan kitar semula seperti kertas, kotak, suratkhabar dan bahan terpakai lain serta penjualan bahan kitar semula kepada pihak berkaitan sebagai sebahagian daripada inisiatif kelestarian kampus.

Tarikh kemaskini : 2 September 2025