Skip to main content

Banner, Kain Rentang dan Bunting

Garis Panduan

Semua permohonan kelulusan reka bentuk gegantung, kain rentang, tirai latar dan bahan promosi lain termasuk reka bentuk ebanner yang dianjurkan di peringkat universiti, PTj dan kelab/persatuan pelajar atau staf perlu mendapat kelulusan terlebih dahulu dari Bahagian Media Grafik PPKK sebelum cetakan dan hebahan dilaksanakan sama ada menggunakan peruntukan universiti ataupun tajaan luar.

Saiz Banner Portal, Media Sosial dan Mesin Slide Kehadiran

Saiz banner ini adalah untuk ruangan di Portal Rasmi UTHM (Announcement) , Media Sosial Rasmi UTHM (Facebook, Twitter dan Instagram) dan juga di Mesin Slide Kehadiran Staf.

Banner yang telah diluluskan hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya 3 hari bekerja sebelum tarikh paparan atau program.

Rujuk Carta Alir Hebahan untuk proses kelulusan dan Hebahan dan Promosi untuk paparan.

Saiz Kain Rentang di Pintu Masuk Utama dan Latar Belakang Pentas / DSI / MTUN

UKURAN 1 : SEPARA PENUH

16’ x 4’ (4.88 m x 1.22 m)

UKURAN 2 : PENUH

16' x 10'

Pelan Lokasi Tapak Menggantung Banner, Backdrop, Billboard & Bunting