Skip to main content

LATAR BELAKANG

Pejabat Pemasaran dan Komunikasi Korporat (PPKK)

Pejabat Pemasaran dan Komunikasi Korporat (PPKK) , Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah diluluskan penubuhannya oleh Lembaga Pengarah Universiti Bil.3/2017 pada 18 Julai 2017 berdasarkan Pekeliling Am UTHM Bil.36/2017. Pejabat Pemasaran dan Komunikasi Korporat adalah PTj dibawah pentadbiran Naib Canselor UTHM.

Pentadbiran Pejabat Pemasaran dan Komunikasi Korporat diterajui oleh seorang Pengarah sementara Jabatan diketuai oleh dua orang Ketua Jabatan, manakala Bahagian-Bahagian sokongan diketuai oleh Penolong Pendaftar, Pegawai Teknologi Maklumat Kanan dan Ketua Penolong Pegawai Tadbir.

Jabatan, Bahagian dan Unit yang terdapat di PPKK,  UTHM adalah seperti berikut:

Unit Pentadbiran

Jabatan Komunikasi Korporat :
i. Unit Editorial
i. Unit Perhubungan Awam
ii. Unit Media dan Kewartawanan
iii. Unit Penjenamaan dan Pemasaran Digital

Jabatan Media 
1. Bahagian Media Digital
i. Unit Produksi
ii. Unit Media Baharu

2. Bahagian Media Kreatif
i. Unit Media Cetak
ii. Unit Media Grafik
iii. Unit Fotografi