Skip to main content

ETIKET PENYEDIAAN HIDANGAN

MAJLIS RASMI UNTUK TETAMU KEHORMAT DALAM DAN LUAR NEGARA

1 Mengenalpasti pembekal makanan (caterer) yang berpengalaman dalam protokol penyediaan menu hidangan untuk tetamu kehormat
 
2 Melantik caterer yang telah diperakukan oleh Pengerusi Jawatankuasa Induk atau Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana sesuatu program/majlis
 
3 Membuat pemeriksaan premis penyediaan makanan (sekiranya perlu)
 
4 Mengenalpasti menu yang bersesuaian berdasarkan perjalanan program (minum pagi, makan tengahari, minum petang atau makan malam) mengikut kadar yang diluluskan
 
5 Mengadakan food testing (jika perlu)
 
6 Menguruskan penyediaan hidangan secara buffet dengan sekurang-kurangnya seorang tamu saji
 
7 Memastikan susunan peralatan dan kelengkapan (peranggu meja). Peranggu meja ialah persiapan meja makan yang lengkap seperti kutleri (sudu, pinggan, alas meja) termasuk alatan menghidang yang bersesuaian dengan susun atur yang kemas dan betul seperti kedudukan napkin, gelas, garfu, dan pisau. Kesemua peralatan perlu dipastikan dalam keadaan sempurna dan bersih
 
8 Memantau penyediaan hidangan sepanjang majlis (pastikan tepat pada masa dan tempat)  
 
9 Memeriksa menu yang bakal disajikan sebelum majlis berlangsung  
 
10 Melantik dan menentukan petugas yang bertanggungjawab atas penyediaan :
  • Hidangan ringan di Holding Room
  • Keperluan air minuman (mineral) dan gobletdi meja VIP di atas pentas dan rostrum