Semua permohonan kelulusan reka bentuk gegantung, kain rentang, tirai latar dan bahan promosi lain termasuk reka bentuk ebanner yang dianjurkan di peringkat universiti, PTj dan kelab/persatuan pelajar atau staf perlu mendapat kelulusan terlebih dahulu dari Bahagian Media Grafik PPKK sebelum cetakan dan hebahan dilaksanakan sama ada menggunakan peruntukan universiti ataupun tajaan luar.
Saiz Banner Portal, Media Sosial dan Mesin Slide Kehadiran
Saiz banner ini adalah untuk ruangan di Portal Rasmi UTHM (Announcement) , Media Sosial Rasmi UTHM (Facebook, Twitter dan Instagram) dan juga di Mesin Slide Kehadiran Staf.
Banner yang telah diluluskan hendaklah dikemukakan selewat-lewatnya 3 hari bekerja sebelum tarikh paparan atau program.