Official Announcement Approval Process Flow Chart (Banner/Bunting)
Digital baner (bunting atau poster) , kain rentang dan gegantung bagi tujuan promosi hendaklah mendapat kebenaran terlebih dahulu dari Ketua Program/PTj dan Pejabat Pemasaran dan Komunikasi Korporat UTHM sebelum diterbitkan atau dicetak.
Setiap permohonan perlu mendapat kelulusan dari Jawatankuasa/ Ketua PTJ / Unit masing-masing. Manakala setiap permohonan bagi Pogram Pelajar memerlukan satu surat rasmi serta lampiran kertas kerja yang telah diluluskan oleh Pejabat Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) bersama borang permohonan.
Sertakan salinan reka bentuk bahan promosi (banner / bunting /backdrop dan lain-lain) ketika mengemukakan permohonan.
Hanya bahan promosi yang telah mendapat kelulusan boleh dimuatnaik atau diiklankan dan dipasang pada panel-panel rasmi Universiti serta tempat berlangsungnya program.
Penganjur / urusetia mesti memastikan baner/bunting yang digantung telah diturunkan selewat-lewatnya 2 HARI selepas tamat program.
Hebahan/Pengumuman/Makluman yang dipaparkan di laman web hendaklah dikemaskini selewat-lewatnya 3 hari bekerja selepas tarikh akhir/tamat aktiviti, program, peristiwa atau notis berkaitan. (Rujuk Perkara-Perkara dipantau dalam Laman Web.pdf)