Skip to main content

UTHM Branding Policy

OBJEKTIF

  • Menjelaskan tatacara pengendalian proses penjenamaan dan etika penggunaan jenama Universiti mengikut tatacara yang betul, tepat dan seragam
  • Memastikan aktiviti penjenamaan Universiti dijalankan secara efisien dan efektif bagi mewujudkan perspektif positif dan persepsi yang baik terhadap jenama Universiti
  • Memastikan strategi penjenamaan adalah selari dengan visi dan misi Universiti dan memenuhi Sasaran Kerja Tahunan UTHM (SKTU).

SKOP DAN PEMAKAIAN

  • Dasar ini terpakai kepada semua proses penjenamaan oleh unit organisasi, kakitangan, pemegang gelaran, pelajar dan individu atau badan bersekutu atau pihak luar
  • Dasar ini hendaklah dibaca bersama-sama dengan Manual Korporat Universiti serta undang-undang yang berkaitan dengan perlindungan jenama dan cap dagangan UTHM iaitu Polisi Harta lntelek
  • Kelulusan dan kebenaran pemakaian tanda dan elemen jenama Universiti adalah melalui semakan  PPKK menerusi Borang Permohonan Semakan Rekabentuk dan Percetakan bagi tujuan penerbitan, kandungan hebahan dan pengiklanan sama ada fizikal atau digital

PERLINDUNGAN UNDANG-UNDANG

Dilindungi di bawah Undang-Undang Harta Intelek dan tertakluk kepada Garis Panduan Penggunaan dan Perlesenan Cap Dagangan UTHM

KELULUSAN DAN KEPATUHAN

  • Mendapatkan kelulusan PPKK untuk menggunakan mana-mana elemen atau tanda jenama Universiti
  • Mematuhi Manual Korporat (Lambang dan Motif Korporat) UTHM dan Garis Panduan Penggunaan dan Perlesenan Cap Dagangan UTHM bagi penggunaan tanda jenama Universiti
  • Mematuhi pemakaian reka bentuk templat pembentangan rasmi yang disediakan PPKK bagi pembentangan dalam dan luar Universiti
  • Mematuhi pemakaian kod warna tema, kategori nama bangunan atau premis, kategori nama jalan atau lorong serta fasiliti Universiti mengikut Garis Panduan Penjenamaan Nama Bangunan, Jalan dan Fasiliti UTHM
  • Mematuhi pemakaian pakaian rasmi Universiti sepertimana yang ditetapkan dalam Panduan Pakaian Seragam dan Cara Berpakaian Universiti