Skip to main content

Representasi Logo UTHM Diikuti Nama Pusat Tanggungjawab

Logo UTHM diikuti Nama Fakulti, Pusat Tanggungjawab (PTj) dan Kelab

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menetapkan hanya satu (1) logo rasmi digunakan oleh semua Pusat Tanggungjawab (PTj) iaitu logo Universiti yang disertakan nama PTj bagi memastikan keseragaman dan menjamin identiti korporat UTHM terpelihara keserlahannya. Manakala logo PTj tidak dibenarkan.
Logo UTHM diikuti nama PTj hanya boleh digunakan bagi program anjuran PTj, fakulti dan kelab di peringkat universiti.

Sekiranya melibatkan agensi luar, keutamaan hendaklah menggunakan logo rasmi UTHM sahaja.
Logo rasmi Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) yang disertakan dengan nama fakulti/PTj mematuhi panduan imej korporat dengan meletakkan teks nama fakulti/PTj di sebelah kanan logo UTHM. Ia menggunakan tipografi dan warna yang ditetapkan untuk mengekalkan identiti visual.
Panduan Penggunaan:

Kedudukan: Nama fakulti/PTj diletakkan secara tersusun di sebelah kanan logo "UTHM" dan teks "UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA".

Visual: Contoh gaya ini digunakan untuk Kain Rentang, Bunting, Poster, dan Poster Media Sosial

Contoh nama Fakulti/Pusat/Jabatan yang mengiringi logo UTHM seperti di bawah. Pastikan saiz dan imej grafik yang sesuai digunakan.