Skip to main content

Logo Arrangements and Placement Guidelines

Panduan penggunaan logo UTHM

Kedudukan logo UTHM bersama Agensi Luar

  • Logo setara boleh diletakkan bersebelahan logo rasmi universiti sekiranya program/majlis adalah anjuran bersama universiti dan agensi kerajaan. Contoh: Logo Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

Kedudukan logo UTHM bersama PTj

  • Logo PTj/Bahagian/Pusat dari dalam universiti yang menganjurkan sebarang bentuk program hendaklah berada di aras bawah logo universiti samada kiri, kanan atau tengah dengan saiz yang tidak terhad.
Kedudukan logo pada kain rentang dan gegantung
Contoh Rekabentuk grafik dan rekaletak logo rasmi sahaja

Saiz kain rentang tidak boleh kurang atau lebih sebagaimana saiz kain rentang rasmi universiti iaitu 16’ x 4’.

Kedudukan logo universiti tidak tertakluk kepada mana-mana bahagian kanan, tengah atau kiri selagi ianya di bahagian paling atas dengan saiz yang sesuai.

Logo universiti perlu berlatarbelakangkan putih.


Contoh kedudukan logo pada gegantung

Semua pempamer haruslah konsisten dalam kedudukan logo melalui kegunaan elemen rekabentuk utama.

Kedudukan logo universiti pada bunting seharusnya berada di kawasan tengah paling atas.

Logo universiti perlu berlatarbelakangkan putih.

Nama atau logo PTj/penganjur bersama perlu berada di sebelah bawah.