Skip to main content

Tatacara Pembangunan Laman Web Baharu

1.0 Permohonan & Kelulusan Awal (Fasa Pendaftaran)
  1. Mendapatkan Kelulusan Ketua Pusat Tanggungjawab (PTJ) / Pengarah Program untuk mewujudkan laman web baharu.

  2. Memohon Nama Domain daripada Pusat Teknologi Maklumat(PTM)
    Kemukakan permohonan rasmi kepada Pusat Teknologi Maklumat(PTM).Sertakan perkara berikut:
      • Nama/tajuk Laman Web :
        <Nama Laman Web Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris>

      • Cadangan URL : <cth: https://namaptj/namaprogram.uthm.edu.my>

      • Nama Pengurus dan Pentadbir Web:
        <Nama Pentadbir dan Pengurus Kandungan>

      • Ringkasan Justifikasi dan lampiran kelulusan :
        Minit/kertas kerja

      • Struktur kandungan utama laman web (seperti senarai halaman utama, menu, dan aliran maklumat) untuk penyediaan template.
2.0 Pembangunan dan Rekabentuk Laman Web (Fasa Pembangunan)
  • PTj/ pemohon perlu menyediakan Struktur Asas Laman Web
    Rancang struktur kandungan asas laman web (seperti senarai halaman utama, menu, dan aliran maklumat)

  • Contoh :
    • 1.0 LAMAN UTAMA (HOME)
    • 2.0 TENTANG KAMI (ABOUT US)
    •     2.1 Sejarah & Latar Belakang
    •     2.2 Visi, Misi & Objektif
    •     2.3 Organisasi
    •         2.3.1 Carta Organisasi
    • 3.0 PROGRAM/PERKHIDMATAN
    • 4.0 HUBUNGI KAMI
  • Sediakan Kandungan Utama:
    • Sediakan semua teks, gambar, dan maklumat yang akan dimuat naik ke laman web.
    • Pastikan kandungan adalah tepat, terkini, dan mematuhi garis panduan universiti.
  • Gunakan Templat Universiti: 
    • Berdasarkan struktur yang diluluskan, PTM akan menyediakan atau memberi akses kepada templat laman web UTHM yang perlu digunakan oleh PTJ untuk memastikan konsistensi jenama.

3.0 Semakan & Kelulusan Kandungan (Fasa Pengesahan)

 3.1     Pastikan Pengesahan Kandungan oleh Ketua PTJ/ Program:

Sebelum dimuat naik ke platform web, semua kandungan perlu disemak dan disahkan oleh Ketua PTJ/ Program.

3.2     Semakan oleh Pejabat pemasaran dan Komunikasi Korporat (PPKK) :

Setelah kandungan dimuat naik ke dalam templat, laman web tersebut perlu dikemukakan kepada PPKK untuk semakan akhir dari segi pematuhan jenama, kualiti kandungan, dan garis panduan komunikasi universiti.

4.0 Penerbitan & Pelancaran (Fasa Penerbitan)

4.1 Menerbitkan Laman Web:

Setelah mendapat kelulusan muktamad daripada PPKK, pihak PTM akan menerbitkan atau "menggo-live"-kan laman web tersebut ke domain rasmi yang telah diluluskan.

4.2 Ujian Pasca Pelancaran:
PTj/pemohon perlu melaksanakan ujian akhir untuk memastikan semua pautan berfungsi dan kandungan dipaparkan dengan betul di pelayar web dan peranti yang berbeza.

4.3     Semak nama laman web berjaya dijumpai dalam senarai enjin carian. Bergantung pada SEO dan tempoh laman web diterbitkan.

5.0 Pentadbiran & Penyelenggaraan Berterusan (Fasa Urus Tadbir & Pemantauan)

5.1 Lantik Pasukan Tadbir Urus Laman Web:

  1. Setiap laman web yang dibangunkan mesti mempunyai Pasukan Laman Web yang diketuai oleh Dekan /Ketua PTj/ Pengerusi/mana-mana jawatan yang tertinggi bagi organisasi atau penganjuran aktiviti yang dijalankan.
  2. Keahlian pasukan ini mesti dianggotai sekurang-kurangnya seorang individu yang berperanan sebagai Pengurus Kandungan (Content Manager) , Pentadbir Web (Web Admin) dan Pencipta Kandungan(Content Creator)

5.2     Kemas Kini Kandungan Secara Berkala

Pastikan semua maklumat sentiasa terkini. Buang maklumat atau acara yang sudah tamat tempoh.

5.3     Pemantauan & Audit

    1.  PTM akan mendaftarkan laman web ke google analytic untuk analisa pencapaian.
    2. PTJ/ Pemilik laman web perlu menjalankan audit kandungan secara dalaman sekurang-kurangnya sekali setahun.
    3. PPKK atau PTM juga akan menjalankan audit tersendiri untuk memastikan pematuhan.

5.4          Keselamatan dan Salinan Pendua (Backup):

    1.  Pastikan pentadbir web mengikuti amalan keselamatan asas (seperti kata laluan yang kuat).
    2. Semua pihak perlu melaksanakan prosedur backup secara berkala dan setiap kali penambahbaikan ke atas sistem laman web dilakukan.
6.0 Langkah seterusnya yang disyorkan
  • Rujuk atau hubungi PTM untuk mendapatkan borang permohonan domain, templat atau keperluan teknikal yang spesifik. clipboard

  • Hubungi atau rujuk laman web PPKK untuk mendapatkan garis panduan kandungan, templat grafik yang tepat, dan prosedur semakan rasmi.