VISI, MISI & OBJEKTIF

Pejabat Pemasaran dan Komunikasi Korporat UTHM

Visi


Menjadi universiti teknikal global dalam teknologi lestari dan pengangkutan

Misi


UTHM komited untuk mewujudkan dan menyebarkan pengetahuan bagi memenuhi keperluan industri dan komuniti serta menyuburkan modal insan yang kreatif dan berinovasi berasaskan paradigma tauhid.

Objektif

  1. Meningkatkan imej universiti melalui hubungan antara dua hala bersama pelbagai agensi, jabatan dan masyarakat melalui pelbagai aktiviti dan kerjasama.

  2. Menyelaras dan menguruskan aktiviti-aktiviti perhubungan awam, hubungan media, dan promosi serta menguruskan perjalanan setiap majlis anjuran Universiti dengan mengikut piawaian yang ditetapkan.

  3. Menyelaras pengumpulan serta penyebaran maklumat universiti yang tepat dan terkini dalam usaha menyokong aktiviti-aktiviti pemantauan dan publisiti untuk memenuhi keperluan pihak berkepentingan.

  4. Menyediakan konsep reka bentuk grafik yang selaras dengan keperluan dan imej universiti.

  5. Menguruskan aktiviti pemasaran universiti melalui pameran yang dianjurkan oleh jabatan kerajaan dan organisasi luar.

  6. Menguruskan perkhidmatan percetakan bagi hal-hal berkaitan pengurusan dan pentadbiran universiti.