LATAR BELAKANG

Pejabat Pemasaran dan Komunikasi Korporat

Pejabat Pemasaran dan Komunikasi Korporat, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah diluluskan penubuhannya oleh Lembaga Pengarah Universiti Bil.3/2017 pada 18 Julai 2017 berdasarkan Pekeliling Am UTHM Bil.36/2017.
Pejabat Pemasaran dan Komunikasi Korporat diletakkan dibawah pentadbiran Pejabat Penolong Naib Canselor (Perancangan Strategik dan Perhubungan Korporat)

Jabatan, Bahagian dan Unit yang terdapat di Pejabat Pemasaran dan Komunikasi Korporat adalah seperti berikut:

1) Jabatan Komunikasi Korporat

i. Bahagian Perhubungan Awam
- Unit Protokol dan Pengurusan Majlis
- Unit Media dan Kewartawanan
ii. Bahagian Digital dan Media Baharu
iii. Bahagian Penjenamaan dan Pemasaran Korporat

2) Jabatan Media Grafik dan Percetakan
i. Bahagian Media Grafik
ii. Bahagian Percetakan

Pentadbiran Pejabat Pemasaran dan Komunikasi Korporat diterajui oleh seorang Pengarah sementara Jabatan diketuai oleh dua orang Ketua Jabatan, manakala Bahagian-Bahagian sokongan diketuai oleh Penolong Pendaftar Kanan, Pegawai Teknologi Maklumat Kanan dan Ketua Penolong Pegawai Tadbir