POLISI PENGURUSAN KRISIS

  • JURUCAKAP RASMI UNIVERSITI:

Naib Canselor Sebagai Jurucakap Utama Universiti

Walaupun universiti mempunyai Jawatankuasa Pengurusan Krisis, namun semua aktiviti komunikasi dengan media berkaitan isu atau krisis adalah di bawah tanggungjawab Ketua Pegawai Eksekutif Universiti ataupun Naib Canselor. Oleh itu, Jawatankuasa Pengurusan Krisis atau Ketua Pusat Tanggungjawab (PTj) yang mempunyai hubung kait secara terus dengan sesuatu isu atau krisis adalah bertanggungjawab secara terus dan membuat tindakan segera untuk menyampaikan sebarang maklumat berkaitan isu atau krisis berkenaan kepada Naib Canselor.

Penolong Naib Canselor (Perancangan Strategik dan Perhubungan Korporat) Sebagai Jurucakap Rasmi Universiti

Penolong Naib Canselor (Perancangan Strategik dan Perhubungan Korporat) boleh dilantik oleh Naib Canselor sebagai Jurucakap Rasmi Universiti dan diberi kuasa oleh Naib Canselor untuk menyampaikan pendirian universiti terhadap isu atau krisis yang signifikan dengan portfolio masing-masing. Bagaimanapun, sebarang maklumat yang disampaikan oleh Penolong Naib Canselor (Perancangan Strategik dan Perhubungan Korporat) hendaklah selari dengan pelan pengurusan krisis yang diwujudkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Krisis.

Pengarah Pejabat Pemasaran dan Komunikasi Korporat Sebagai Jurucakap Rasmi Universiti

Pengarah Pejabat Pemasaran dan Komunikasi Korporat boleh dilantik oleh Penolong Naib Canselor (Perancangan Strategik dan Perhubungan Korporat) sebagai Jurucakap Rasmi Universiti dan diberi kuasa oleh Naib Canselor, untuk menyampaikan maklumat terhadap isu atau krisis yang berlaku di universiti. Bagaimanapun sebarang kenyataan secara bertulis atau lisan yang dikeluarkan hendaklah berunding dan mendapat persetujuan daripada Naib Canselor terlebih dahulu dan maklumat tersebut mestilah selari dengan Pelan Pengurusan Krisis yang dibangunkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Krisis.

Staf yang bukan Jurucakap Rasmi Universiti tidak dibenarkan membuat apa-apa kenyataan, ulasan atau selainnya kepada orang awam atau media kecuali,jika diarahkan oleh Naib Canselor.

Sebagai persediaan dalam membuat perancangan untuk memperkukuh pengurusan komunikasi semasa berlaku sesuatu krisis, terdapat beberapa isu yang mempunyai peluang dan potensi menjadi krisis. Antaranya ialah:

    1. Pilihan Raya Pelajar (contoh : penamaan calon, kempen, hari mengundi dan bantahan keputusan)
    2. Kemasukan Pelajar Baharu (contoh: penipuan surat tawaran, pengurusan masa pendaftaran)
    3. Konvokesyen (contoh : pengambilan jubah, pengurusan majlis konvokesyen, kelayakan bergraduan)
    4. Penyelewengan akademik (contoh : penipuan)
    5. Rasuah dan penyalahgunaan kuasa
    6. Penahanan pelajar (contoh : dadah, mencuri, kempen pilihan raya)
    7. Plagiarisme
    8. Gangguan terhadap perkhidmatan universiti
    9. Perkhidmatan Makanan (contoh : Cafeteria)
    10. Perkhidmatan pelanggan
    11. Jenayah (contoh: rompakan, bunuh diri, pergaduhan, pembunuhan)
    12. Sabotaj dan vandalism, demonstrasi
    13. Isu silang budaya
    14. Jenayah Infrastruktur
    15. Serangan wabak