POLISI PENGURUSAN KRISIS

  • PELAN TINDAKAN SEMASA PENGURUSAN KRISIS 

Apabila berlaku sesuatu isu atau krisis, Pengarah Pejabat Pemasaran dan Komunikasi Korporat (setelah mendapat persetujuan Penolong Naib Canselor (Perancangan Strategik dan Perhubungan Korporat) akan mengadakan mesyuarat dengan kadar ‘segera’ (selewat-lewatnya dalam tempoh satu (1) jam selepas berlakunya insiden atau isu) dengan Jawatankuasa Pengurusan Krisis. Jawatankuasa ini berperanan membincangkan dan membangunkan pelan tindakan komunikasi berdasarkan perkara berikut:

    • Mengenal pasti isu utama dan menyediakan maklumat lengkap insiden dan krisis (termasuk fakta, statistik, faktor perundangan dan kronologi isu jika berkaitan)
    • Menyediakan maklum balas atau cadangan penyelesaian isu serta menguruskan situasi krisis sebelum ia menjadi isu orang awam
    • Mengenal pasti audiens sama ada dalaman atau luaran (maklum balas isu atau insiden)
    • Menyediakan maklumat isu yang jelas dan komprehensif kepada media, masyarakat kampus dan orang awam (jika berkaitan, bergantung pada jenis isu)
    • Menentukan keperluan sidang media dan logistik media (jika perlu, bergantung pada jenis isu)
    • Menentukan kaedah komunikasi berkesan untuk penyebaran maklumat berkaitan isu (jika perlu, bergantung pada jenis isu dan kumpulan sasaran terlibat)
    • Menentukan aspek keselamatan yang melibatkan masyarakat kampus dan orang awam (jika berkaitan)