POLISI PENGURUSAN KRISIS

5. PELAN PENGURUSAN KRISIS (CMP-CRISIS MANAGEMENT PLAN)

    • Tujuan pelan pengurusan krisis atau CMP ialah untuk memberi persediaan yang rapi dan mengurangkan pencemaran imej dan reputasi organisasi yang boleh berlaku akibat krisis (Coombs, 2012).
    • Pencegahan ‘Prevention’ – merupakan langkah-langkah bagi mengatasi krisis, mengesan ‘warning signs’ dan membuat tindakan yang sewajarnya.
    • Persediaan ‘preparation’ – ini merangkumi, mendiagnosis kelemahan krisis, memilih pasukan pengurusan krisis dan ‘spokesperson’, (yang mampu mewakili organisasi, kebiasaan terdiri daripada pihak yang mempunyai kepakaran dalam mengatasi krisis), membuat crisis portfolio,dan lain-lain.
    • Respons – membuat mock crisis, role-playing, kerana persediaan krisis perlu sentiasa diuji.
    • Ulangkaji ‘revision’ - Menilai respons organisasi dalam menangani krisis secara percubaaan atau yang sebenar. Revision akan mengukuh CMP, memperbaiki dan mempelajari kelemahan daripada respon supaya pasukan CMP akan lebih bersedia pada masa akan datang.

Krisis bukan perkara yang negatif, tetapi sekiranya diurus dengan baik, ia boleh memberi potensi untuk menaikkan reputasi dan imej sesebuah organisasi.

Imej merupakan tanggapan orang awam terhadap identiti yang telah dibentuk oleh organisasi. Imej ini dibentuk dengan pelbagai cara untuk memudahkan orang awam membuat tanggapan yang tepat terhadap organisasi. Imej biasanya diterjemahkan oleh organisasi melalui aktiviti komunikasi. Antara aktiviti komunikasi adalah berbentuk nyata (tangible) seperti simbol, warna, budaya, mercu tanda, lagu, logo dan lain-lain. Manakala yang bukan nyata (intangible) ialah dalam aspek hubungan media, hubungan komuniti dan beberapa program lain

Winfrey (1989), mengatakan bahawa reputasi korporat sebagai persepsi individu atau kumpulan terhadap keberkesanan korporat. Miles (1980) pula melihat reputasi korporat sebagai kebolehan organisasi mengurangkan ketidakpuasan hati terhadap organisasi.