Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Bil. 17/2018 yang bersidang pada 14 Oktober 2018 telah bersetuju untuk menerima pakai dengan pindaan,Pekeliling Am Negeri Johor Bil. 5 Tahun 2018 mengenai Pakaian Seragam Dan Cara Berpakaian Bagi Anggota Perkhidmatan Awam Johor.
Ketetapan mengenai jenis serta cara berpakaian mengikut hari bagi anggota perkhidmatan awam di Negeri Johor termasuk UTHM adalah seperti berikut :-
HARI | PAKAIAN LELAKI | PAKAIAN WANITA |
Ahad | Baju Korporat | Baju Korporat / Pakaian Pejabat / Baju Kurung dan Bertudung |
Isnin | Pakaian Pejabat | Pakaian Pejabat / Baju Kurung Johor dan Bertudung |
Selasa | Pakaian Pejabat | Pakaian Pejabat / Baju Kurung Johor dan Bertudung |
Rabu | Pakaian Pejabat | Pakaian Pejabat / Baju Kurung Johor dan Bertudung |
Khamis | Pakaian Pejabat / Baju Melayu Teluk Belanga (Sepersalinan), Bersamping Berdagang Luar, Bersongkok dan Bersepatu | Pakaian Pejabat / Baju Kurung Johor dan Bertudung |
Pemakaian pejabat seperti yang dinyatakan di atas hendaklah bertepatan dan merujuk kepada Kod Etika Berpakaian dan Penampilan Staf UTHM yang telah dikeluarkan terdahulu.
Aturan pakaian ini adalah DIKECUALIKAN kepada pegawai awam pada beberapa ketentuan berikut:
Sekiranya pihak PTJ ingin membuat tempahan baju korporat mengikut keperluan masing-masing, penggunaan logo-logo berikut perlu diberikan perhatian dengansusunan kedudukan sebagaimana berikut:
Susunan logo pada bajukorporat adalah mengikut panduan yang dinyatakan dan contoh rekabentuk serta kedudukan logo adalah seperti Lampiran.
Pekeliling Pengurusan Bil. 10/2018 ini berkuat kuasa mulai 1 November 2018.
© Pejabat Pemasaran & Komunikasi Korporat UTHM ® 2018. Segala hak cipta terpelihara. Laman web ini terikat dengan Penafian Undang-undang, Dasar Privasi, Dasar Keselamatan dan Notis Hak cipta yang disebutkan.
Laman web ini sesuai dipapar menggunakan pelayar Internet Explorer 8, Chrome XY dan Mozilla Firefox 13 ke atas dengan resolusi 1280 x 768 dan ke atas.
Hubungi Kami
PEJABAT PEMASARAN DAN KOMUNIKASI KORPORAT
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
86400 Parit Raja,
Batu Pahat,
Johor, Malaysia.
Tel: +607-453 3457
Emel: Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Laman Web: korporat.uthm.edu.my
Lokasi :Pejabat Pemasaran dan Komunikasi Korporat (View Maps)