Facebook

POLISI

  • SKOP

    Polisi ini terpakai kepada semua Staf UTHM.

     

    URUS TADBIR

    Lembaga Pengarah Universiti mempunyai kuasa untuk mengekalkan dan membina reputasi secara konsisten dengan strategi universiti, strategi komunikasi korporat dan polisi ini termasuk penjenamaan korporat, pemasaran, publisiti dan aktiviti penyampaian maklumat. Kuasa ini adalah sejajar dengan peruntukan di bawah Seksyen 20, Perlembagaan Universiti Tun Hussein Onn Malaysia 2010 (Perlembagaan), yang menyatakan bahawa Lembaga adalah badan yang mengelola, membuat dasar dan mengawasi universiti. Selain itu, Seksyen 20(3) Perlembagaan juga menambah lima kuasa tambahan kepada Lembaga iaitu:

    • mengadakan perancangan pengawasan yang strategik bercirikan pendidikan dan misi universiti;
    • menggalakkan pengurusan yang cekap;
    • membangunkan hubungan dengan masyarakat, sektor korporat dan industri;
    • memupuk hubungan global dan pengantarabangsaan; dan
    • memastikan pelaksanaan dan kepatuhan kepada Perlembagaan, undangundang dan dasar-dasar Universiti.

    Pekeliling Pengurusan Bilangan 5 Tahun 2017 adalah dirujuk bagi kelulusan untuk menerbitkan artikel atau bahan penerbitan iaitu bahan-bahan penyelidikan dan perkara umum lain berkaitan universiti di media massa.

     

    JENIS KOMUNIKASI MEDIA

    Perhubungan universiti dengan media boleh dikategorikan mengikut jenis komunikasi media seperti Pernyataan Awam, Pemasaran Media dan Berita, dan Komunikasi Korporat, seperti berikut:

    Peraturan 18(4), Jadual Kedua Akta 605 menyatakan pernyataan awam termasuklah apa-apa pernyataan atau ulasan yang dibuat kepada pihak akhbar atau orang ramai atau semasa memberikan apa-apa syarahan atau ucapan awam atau dalam apa-apa penyiaran atau penerbitan, tanpa mengambil kira caranya.

    PEMASARAN MEDIA DAN BERITA

    Pengeluaran kenyataan media, pernyataan dan bahan penerbitan promosi untuk program akademik, perkhidmatan universiti, pencapaian (termasuk Polisi Media 3 pencapaian ahli akademik, staf, pelajar atau graduan), aktiviti penyelidikan, perundingan, perkhidmatan profesional, pengkomersilan, pengiklanan serta acara yang dilaksanakan oleh universiti.

    KOMUNIKASI KORPORAT

    Komunikasi berkaitan isu umum kampus atau isu yang berkaitan kontroversi atau isu yang dikategorikan sensitif atau isu yang signifikan (terutamanya pengurusan krisis komunikasi dalam universiti)

     

    PERNYATAAN AWAM

     

  • DEFINISI KRISIS

    Secara umum, krisis telah didefinisikan oleh pakar-pakar pengurusan sebagai kejadian penting yang tidak dijangkakan dan memberi kesan negatif terhadap organisasi Krisis adalah persepsi sesuatu kejadian yang mengancam pihak-pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung yang akan memberi impak yang serius terhadap sesebuah organisasi dan menjana hasil yang negatif (Coombs, 2012).

     

    DEFINISI PENGURUSAN KRISIS ORGANISASI

    Pengurusan krisis organisasi adalah satu kaedah yang sistematik dan tersusun untuk menangani kaedah krisis.

    Audit dilakukan sebagai pengesahan awal sebelum krisis berlaku

    Kos efektif – tidak memerlukan pasukan yang besar untuk mengurus krisis. Sebaliknya, menggunakan kepakaran daripada bahagian yang berkenaan sahaja untuk membuat audit yang berkenaan.

    Keberkesanan pengurusan krisis ditingkatkan lagi dengan membentuk pasukan yang boleh mengurus atau menyelaras pelbagai krisis pada masa yang sama.

     

Title
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat.
Title
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat.
Title
Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat.