Objektif Kualiti

Pejabat Pemasaran dan Komunikasi Korporat

1. Menguruskan hebahan dan maklumat di portal dan media sosial rasmi universiti dengan memastikan isi kandungan sentiasa dikemas kini selaras dengan keperluan semasa universiti serta menepati piawaian MAMPU.

2. Menyelaras bahan berita dan bahan maklumat untuk rujukan pihak awam serta pihak media mengikut masa yang ditetapkan.

3. Menyelaras dan mengurus aktiviti penjenamaan dan pemasaran universiti bagi meningkatkan keterlihatan jenama UTHM berdasarkan sasaran kerja tahunan universiti.

4. Menyelaras maklum balas aduan awam dalam tempoh 3 hari bekerja.