Facebook

LATAR BELAKANG

Pejabat Pemasaran dan Komunikasi Korporat
Pejabat Pemasaran dan Komunikasi Korporat, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah diluluskan penubuhannya oleh Lembaga Pengarah Universiti Bil.3/2017 pada 18 Julai 2017 berdasarkan Pekeliling Am UTHM Bil.36/2017.
Pejabat Pemasaran dan Komunikasi Korporat diletakkan dibawah pentadbiran Pejabat Penolong Naib Canselor (Perancangan Strategik dan Perhubungan Korporat)

Bahagian/Unit yang terdapat di Pejabat Pemasaran dan Komunikasi Korporat adalah seperti berikut:

1) Bahagian Komunikasi Korporat

i. Unit Perhubungan Awam
ii. Unit Multimedia dan Media Baharu
iii. Unit Penjenamaan dan Penerbitan

2) Bahagian Media Grafik

Pentadbiran Pejabat Pemasaran dan Komunikasi Korporat diterajui oleh seorang Pengarah sementara bahagian diketuai oleh dua orang Ketua Jabatan, manakala unit-unit sokongan diketuai oleh Penolong Pendaftar Kanan, Pegawai Teknologi Maklumat Kanan dan Ketua Penolong Pegawai Tadbir