Panduan Pakaian Seragam Dan Cara Berpakaian

PAKAIAN SERAGAM DAN CARA BERPAKAIAN BAGI ANGGOTA PERKHIDMATAN AWAM JOHOR

TUJUAN

Adalah dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif Bil. 17/2018 yang bersidang pada 14 Oktober 2018 telah bersetuju untuk menerima pakai dengan pindaan,Pekeliling Am Negeri Johor Bil. 5 Tahun 2018 mengenai Pakaian Seragam Dan Cara Berpakaian Bagi Anggota Perkhidmatan Awam Johor.

PELAKSANAAN

Ketetapan mengenai jenis serta cara berpakaian mengikut hari bagi anggota perkhidmatan awam di Negeri Johor termasuk UTHM adalah seperti berikut :-


HARI

PAKAIAN LELAKI

PAKAIAN WANITA

Ahad

Baju Korporat

Baju Korporat / Pakaian Pejabat /

Baju Kurung dan Bertudung

Isnin

Pakaian Pejabat

Pakaian Pejabat / Baju Kurung Johor dan Bertudung

Selasa

Pakaian Pejabat

Pakaian Pejabat / Baju Kurung Johor dan Bertudung

Rabu

Pakaian Pejabat

Pakaian Pejabat / Baju Kurung Johor dan Bertudung

Khamis

Pakaian Pejabat / Baju Melayu Teluk Belanga (Sepersalinan), Bersamping Berdagang Luar, Bersongkok dan Bersepatu

Pakaian Pejabat / Baju Kurung Johor dan Bertudung


Pemakaian pejabat seperti yang dinyatakan di atas hendaklah bertepatan dan merujuk kepada Kod Etika Berpakaian dan Penampilan Staf UTHM yang telah dikeluarkan terdahulu.

Aturan pakaian ini adalah DIKECUALIKAN kepada pegawai awam pada beberapa ketentuan berikut:

  • Dibekalkan dengan pakaian seragam
  • Pegawai yang menghadiri acara-acara rasmi seperti persidangan-persidangan antarabangsa, perjumpaan dengan pelawat-pelawat asing atau menghadiri istiadat atau majlis rasmi yang telah menetapkan kod pakaiannya.
  • Pegawai yang menghadiri mesyuarat di peringkat persekutuan perlu melihat aturan pakaian yang bersesuaian mengikut hari dan jenis mesyuarat yang dihadiri, atau mengikut aturan pakaian yang ditetapkan oleh pihak sekretariat.

Pengecualian juga diberikan kepada pegawai awam yang sedang menerima rawatan atau telah diberi nasihat doktor perubatan kerajaan berhubung pakaian yang sesuai untuk ke tempat bertugas.

Sekiranya pihak PTJ ingin membuat tempahan baju korporat mengikut keperluan masing-masing, penggunaan logo-logo berikut perlu diberikan perhatian dengansusunan kedudukan sebagaimana berikut:

  • Bahagian Utama Kiri Baju : Jata Johor
  • Bahagian Utama Kanan Baju : Logo UTHM dan Logo Kedua (jika ada)
  • Susunan logo pada bajukorporat adalah mengikut panduan yang dinyatakan dan contoh rekabentuk serta kedudukan logo adalah seperti Lampiran.

TARIKH KUATKUASA

Pekeliling Pengurusan Bil. 10/2018 ini berkuat kuasa mulai 1 November 2018.