• Pelajar UTHM menang tempat ketiga pertandingan 1minute Marketing Video Challenge

    Pelajar Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Bina (FKAAB), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Faris Aiman Roseli berjaya memperolehi tempat ketiga dalam pertandingan 1minute Marketing Video Challenge peringkat kebangsaan. Beliau membawa pulang wang tunai sebanyak RM200 beserta sijil penghargaan setelah Pengarah Pusat Pendidikan Keusahawanan dan Pembangunan (CEED) Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Profesor Madya Dr. Mohammad Ismail mengumumkan senarai pemenang menerusi dalam talian pada 21 Mei lalu. Bermula dengan pertandingan video promosi produk anjuran Pusat Teknousahawan Pelajar (PTP), UTHM, Faris berjaya merangkul tempat pertama sehingga melayakkan beliau mewakili universiti ini ke pertandingan anjuran CEED, UMK. Menurut Faris, beliau meneruskan hasrat menyertai pertandingan 1minute Marketing Video Challenge ini kerana ingin mendapat pengalaman yang lebih luas di samping terus mengasah bakat yang dimiliki. […]   Read more...

    This article is copyright ©  UTHM News

  • Meraikan Hari Alam Sekitar Sedunia 2020 ketika pandemik Covid-19

    Kebelakangan ini, alam seolah berbicara dengan manusia. Selalunya  dalam nada kecewa seperti tragedi hutan terbakar kesan peningkatan suhu, hakisan pantai kesan ketiadaan hutan bakau dan tanaman tidak menjadi kesan kehilangan kesuburan tanah. Malangnya, tragedi ini turut melibatkan kemusnahan biodiversiti. Sebaliknya, semasa penularan Covid-19, alam sekitar menyerlahkan kelegaan dan kegembiraan antaranya digambarkan dengan  penampakan jelas Banjaran Himalaya dari jarak sejauh 201 kilometer, dan kehadiran ikan lumba-lumba di Selat Bosporus. Bahkan, di Malaysia, indek pencemaran udara (IPU) di beberapa tempat dilaporkan berada dalam tahap sederhana (bawah 60) dan tahap baik (bawah 50).  Selain itu, beberapa sungai di Malaysia telah menjadi jernih antaranya Sungai Way, Sungai Gombak dan Sungai Kemunsing. Sebagai menghargai kelegaan dan kegembiraan alam sekitar, maka Sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia […]   Read more...

    This article is copyright ©  UTHM News

  • UTHM selesai hantar pulang 2,012 pelajar

    Batu Pahat, 29 Mei – Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) selesai menghantar pulang 2,012 pelajar yang sebelum ini menginap di semua kolej-kolej kediaman dan rumah sewa bagi kedua-dua kampus Parit Raja dan Pagoh ke kampung halaman masing-masing. Menurut Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Profesor Madya Dr. Afandi Ahmad, proses penghantaran pelajar yang bermula pada 30 April dan tamat pada 27 Mei lalu melibatkan tujuh zon iaitu zon selatan (343 orang), zon tengah 1 (267 orang), zon tengah 2 (163 orang), zon timur (346 orang), zon utara (192 orang), zon Sabah (343 orang) dan zon Sarawak (358 orang). Katanya sebelum bertolak pulang pelajar-pelajar terbabit diwajibkan menjalani saringan kesihatan oleh Pusat Kesihatan Universiti (PKU) bagi memastikan mereka berada […]   Read more...

    This article is copyright ©  UTHM News

  • UTHM Prihatin 2020 bantu masyarakat yang memerlukan

    Batu Pahat, 21 Mei - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) melalui program UTHM Prihatin 2020 telah menjelajahi 30 kampung di sekitar kampus induk Parit Raja dan kampus cawangan Pagoh bagi memberi sumbangan hari raya kepada kira-kira 190 keluarga asnaf. Sumbangan berupa makanan dan duit raya yang bermula pertengahan Ramadan lalu ini bertujuan meringankan beban keluarga terbabit di samping memberi sedikit kegembiraan menjelang hari raya aidilfitri yang bakal tiba. Menurut Naib Canselor, Profesor Datuk Ts. Dr. Wahid Razzaly yang mengetuai program tersebut, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang bermula pada 18 Mac lalu menyebabkan ramai pihak terkesan dari segi kewangan apabila tidak dibenarkan untuk keluar bekerja mahupun membuat sebarang aktiviti di luar. Tambahan lagi, masih ramai golongan yang kurang bernasib baik […]   Read more...

    This article is copyright ©  UTHM News

  • Aidilfitri dengan norma baharu

    Kurang seminggu lagi umat Islam di seluruh dunia akan menyambut Aidilfitri. Namun begitu, kemeriahan menyambut hari raya pada tahun ini sudah pastinya tidak seperti tahun-tahun lalu. Penyebaran wabak COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akan memberi kesan kepada suasana sambutan hari kebesaran bagi umat Islam ini. Sejak awal Ramadan lagi kita tidak dapat merasai keseronokan beribadah di surau dan masjid secara berjemaah. Buat sementara waktu, sepanjang tempoh PKP ini solat berjemaah di masjid dan surau, solat tarawih, amalan bertadarus dan beriktikaf di masjid bersama rakan-rakan jemaah satu kariah tidak dibenarkan. Begitu juga dengan amalan membayar zakat fitrah yang tidak lagi dibayar melalui amil tetapi dibuat secara dalam talian melalui portal zakat yang telah dibangunkan. Begitu juga dengan jual beli di […]   Read more...

    This article is copyright ©  UTHM News

  • Adab dengan guru yang semakin dilupakan

    Guru umpama lilin yang membakar diri demi menerangi orang lain. Maksud peribahasa ini adalah seorang guru sanggup berkorban masa dan tenaga demi memastikan anak didiknya berjaya dalam kehidupan. Namun seringkali kita melihat kisah-kisah duka seperti pelajar melawan cakap gurunya, guru dikhianati pelajar dek kerana dendam dan masalah akhlak yang agak merunsingkan di dada-dada akhbar dan media sosial. Ramai orang berilmu tetapi mereka tidak mementingkan adab sebagai penuntut ilmu. Walaupun begitu, jarang sekali guru berputus asa dalam memberi didikan terbaik kepada anak bangsa. Islam mengajar kita supaya menghormati guru sepertimana kita menghormati ibu bapa kerana guru umpama pengganti kedua orang tua kita ketika di sekolah ataupun di tempat-tempat menuntut ilmu. Ini kerana ilmu yang dituntut dengan adab yang dipelihara adalah ilmu […]   Read more...

    This article is copyright ©  UTHM News

  • Mungkinkah 1 Syawal disambut pada 24 mei 2020?

    Kenampakan anak bulan adalah asas bagi menentukan permulaan bulan baharu dalam sistem kalendar Hijrah. Ianya mengikut kitaran bulan mengelilingi matahari bermula Muharram sehingga Zulhijjah selama 12 bulan atau tempoh setahun. Cerapan anak bulan menjadi penting semasa penentuan permulaan puasa, hari raya dan hari wukuf di Padang Arafah. Malaysia dan sebahagian negara ASEAN menetapkan permulaan tarikh tersebut dengan menggabungkan kedua-dua kaedah hisab (hitungan) dan rukyah (cerapan). Gabungan ini bermaksud kedua-dua kaedah ini digunakan sebagai asas penentuan awal bulan yang mana jika ketika merukyah, anak bulan tidak kelihatan disebabkan faktor cuaca atau sebagainya maka penentuan ditetapkan dengan kaedah hisab. Mengikut hisab pula, anak bulan dikira nampak bila memenuhi kriteria imkanur rukyah iaitu tinggi hilal ketika  matahari  terbenam sekurang-kurangnya 2°  dan jarak lengkung […]   Read more...

    This article is copyright ©  UTHM News

  • Hikmah PKP: Bila alam berbicara melalui kualiti udara dan air

    Alam sekitar didefinisikan sebagai keadaan sekeliling atau lingkungan yang terdiri daripada segala benda hidup dan bukan hidup yang wujud secara semulajadi di permukaan bumi.  Kestabilan alam sekitar akan dikecapi jika interaksi di antara organisma dengan organisma yang lain juga interaksi di antara organisma dengan persekitarannya berada di paras keseimbangan. Walau bagaimanapun ketidak seimbangan sistem tersebut akan menyebabkan ketidakselesaan hidup atau lebih dikenali sebagai masalah pencemaran air, udara, kepanasan global serta penambahan longgokan sampah sarap. Isu pencemaran sisa kimia di Sungai Kim-Kim pada 7 Mac 2019 merupakan satu tragedi pencemaran air yang menjadi satu ingatan buat semua masyarakat di Malaysia terutamanya penduduk di kawasan Pasir Gudang, Johor. Isu ini disebabkan oleh pembuangan sisa bahan kimia yang tidak terkawal di Sungai Kim-Kim, […]   Read more...

    This article is copyright ©  UTHM News

  • Sejauh Manakah ‘Geomatik Gunaan’ membantu negara menghadapi krisis Covid-19?

    Kehadiran pandemik COVID-19 yang kini sedang melanda dunia telah melumpuhkan pelaksanaan pelbagai aktiviti di sesebuah negara.Virus ini telah merubah ekonomi dan gaya hidup masyarakat sehingga wujudnya satu norma baharu yang perlu diamalkan oleh penduduknya bagi mengekang penularan wabak ini. Negara terpaksa menyediakan peruntukan yang tinggi bagi menghalang penyebaran COVID-19. Pelbagai strategi telah diatur bagi menangani wabak ini antaranya dengan melarang perhimpunan beramai-ramai, penutupan institusi pendidikan, menghentikan perkhidmatan pengangkutan awam, ‘mengunci’ bandar dan melaksanakan perintah kawalan pergerakan (PKP). Namun begitu, timbul beberapa persoalan iaitu bagaimana kita melihat keberkesanannya? Medium apa yang digunakan? Paparan makluman yang bagaimana diperlukan? Melalui geomatik gunaan, persoalan-persoalan di atas mampu dirungkai. Skop bidang geomatik gunaan sangat luas, namun dalam menjawab persoalan tadi bidang yang dimaksudkan ialah sistem […]   Read more...

    This article is copyright ©  UTHM News

  • Ancaman Covid-19, aktiviti penyelidikan terhenti atau perlu diteruskan? 

    Pelbagai sektor di Malaysia agak terkesan dengan kehadiran pandemik Covid-19 sejak Mac lalu. Selain sektor utama iaitu ekonomi negara, sektor pendidikan juga turut terjejas ekoran arahan hanya aktiviti pembelajaran atas talian sahaja yang dibenarkan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Walaupun kelihatan sukar, namun norma baharu ini perlu diadaptasi oleh semua pihak bagi memutuskan rantaian jangkitan virus ini secara menyeluruh. Tidak dinafikan, terdapat kebimbangan dan kegusaran dalam kalangan mahasiswa universiti khususnya pelajar pascasiswazah secara penyelidikan, staf akademik dan penyelidik-penyelidik. Pastinya, pelajar pascasiswazah secara penyelidikan yang bergantung kepada hasil kajian melalui kerja makmal atau kerja lapangan amat runsing kerana perlu melengkapkan penulisan tesis dan pelaporan kemajuan hasil penyelidikan setiap semester. Begitu juga dengan staf akademik dan penyelidik yang turut bimbang tidak […]   Read more...

    This article is copyright ©  UTHM News

    • Video

       
    • Galeri

        29387358464  9348475627456  635981368673