• Selamatdatang Eng Welcome
  • Selamatdatang Eng Welcome
  • UTHM terokai penyelidikan dan pembangunan aplikasi, tambah baik pengurusan operasi dan penyelenggaraan KTMB

    Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menerokai penyelidikan bersama Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) bagi membangunkan dua sistem penyelenggaraan serentak iaitu Enhancement of Predictive Maintenance Reporting Through Dashboard Application dan Rollingstock Wean and Tear Analysis Using On-Train Data Logger and Driver’s Task Load and Driving Behaviour. Penyelidikan ini berbentuk perkongsian kepakaran oleh kumpulan penyelidik UTHM bersama dengan KTMB yang telah dimeterai dalam perjanjian persefahaman sebelum ini. Projek penyelidikan ini diterajui bersama oleh pakar dari Pusat Kecemerlangan ICoE-Rel iaitu Profesor Madya Dr. Nor Aziati Abdul Hamid dan Ts. Dr. Hairulazwan Hashim. Nama mereka berdua sudah tidak asing lagi dalam melaksanakan penyelidikan berimpak tinggi dan berkolaborasi bersama industri rel di Malaysia. Kerjasama ini menjadi salah satu pencapaian berprestij UTHM apabila diberi kepercayaan […]   Read more...

    This article is copyright ©  UTHM News

  • Penyelidik UTHM bantu usaha pelihara Hutan Simpan Kekal Ayer Hitam Utara

    28 Februari 1940 merupakan tarikh  penggazetan Hutan Ayer Hitam Utara sebagai Hutan Simpan Kekal merangkumi kawasan seluas 2797 hektar dengan nombor gazet 272. Menurut catatan Majlis Perbandaran Muar, Johor dalam buku terbitannya Hutan Simpan Kekal Ayer Hitam Utara – Hutan Paya Gambut Terakhir Johor, Hutan Simpan Kekal Ayer Hitam Utara merupakan satu-satunya hutan paya gambut yang terbesar dan masih wujud di Johor, yang terkenal dengan kepelbagaian flora dan fauna yang unik. Terletak lebih kurang 22 kilometer dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Kampus Cawangan Pagoh, atau 25 minit pemanduan, Hutan Simpan Kekal Ayer Hitam Utara terkenal dengan ikan pelaga Betta persephone yang diancam kepupusan. Untuk rekod, Pegawai Daerah Muar, Haji Mustaffa Kamal Dato’ Haji Shamsudin sebelum ini turut mengadakan […]   Read more...

    This article is copyright ©  UTHM News

  • Penyelidik UTHM hasilkan penapis air untuk bekalan air bersih

    Pensyarah merangkap penyelidik Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Profesor Madya Dr. Mohd Zainizan Sahdan, 43 bersama rakannya berjaya menghasilkan penapis air berkualiti tinggi yang dinamakan ‘DR. AIR’ untuk kegunaan isi rumah dan juga industri. Beliau yang merupakan pengasas kepada Syarikat Terbitan Universiti (STU) yang ketiga di UTHM iaitu Preston GeoCEM Sdn. Bhd. menghasilkan penapis untuk sumber air bawah tanah setelah lebih setahun mencari formula yang berkesan untuk mendapatkan air yang bersih. Menurut Dr. Zainizan, walaupun Malaysia mempunyai sumber air bawah tanah yang banyak, namun sumber air ini sangat dipengaruhi oleh kandungan mineral di dalam bumi. Katanya mineral tersebut akan mempengaruhi warna air, rasa dan bau yang menyebabkan ia tidak sesuai untuk diminum. “Kebiasaannya sistem penapis air ringkas akan dibina […]   Read more...

    This article is copyright ©  UTHM News

  • Jayakan pelbagai aktiviti pengantarabangsaan, Dr. Ramlee terima anugerah TRSM 2020

    Profesor Madya Dr. Ramlee Kamarudin dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menerima pengiktirafan Top Research Scientists Malaysia (TRSM) 2020 berdasarkan pencapaian cemerlangnya dalam aktiviti penyelidikan dan pengantarabangsaan Beliau yang merupakan pensyarah dan penyelidik dari Jabatan Elektronik, Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FKEE) antara 30 penyelidik Malaysia yang menerima pengiktirafan itu ketika diumumkan Januari lalu. Menurut Dr. Ramlee, faktor kejayaan beliau didorong oleh usaha yang berterusan dan sikap yang suka menerima cabaran. Pelbagai aktiviti pengantarabangsaan yang telah diceburinya sebelum ini menjadi pemangkin dan motivasi dalam aktiviti pengajaran dan penyelidikan beliau. “Saya telah menerima pelbagai geran antarabangsa seperti Erasmus+, Global Challenges Research Fund dan AUN-SEED yang membolehkan pelbagai rangkaian dan jaringan kerjasama dalam pengajaran dan penyelidikan dapat dilakukan dengan penyelidik-penyelidik dari […]   Read more...

    This article is copyright ©  UTHM News

  • UTHM raih 25 pingat dan 1 anugerah khas di EREKA 2021

    BATU PAHAT – Kumpulan penyelidik Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) meraih kejayaan yang membanggakan apabila berjaya membolot 25 pingat dan 1 anugerah khas ketika menyertai Ekspo Maya Rekacipta dan Pameran Penyelidikan (EREKA 2021) anjuran Universiti Malaysia Perlis (UniMAP). Ekspo Rekacipta yang berlangsung bermula pada 18 Januari hingga 18 Februari lalu diadakan secara maya berikutan negara masih dibelenggu dengan penularan pandemik Covid-19. UTHM berjaya meraih 13 pingat emas dan 12 pingat perak bersama satu anugerah khas menerusi projek Municipal Solid Waste Polymer Composites (M-PoCs). Kumpulan penyelidik yang diketuai oleh Ts. Dr. Noraini Marsi menarik nafas lega apabila mereka bukan sahaja meraih pingat emas, malah berjaya mendapat pengiktirafan anugerah khas dalam kategori Chemical, Advanced Material and Plastic. Majlis perasmian penutup EREKA […]   Read more...

    This article is copyright ©  UTHM News

  • Pensyarah perlu lebih kreatif hadapi PdP hibrid

    Hasil tinjauan kilat yang dilakukan, majoriti pensyarah di salah sebuah universiti di selatan tanah air rata-ratanya menyambut baik keputusan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang membenarkan kemasukan enam kategori pelajar institusi pendidikan tinggi ke kampus secara fizikal pada Mac depan bagi mengikuti pengajaran dan pembelajaran (PdP) hibrid iaitu secara pertemuan fizikal dan pengajian dalam talian. Enam kategori pelajar berkeperluan yang telah dibenarkan untuk kembali ke kampus melibatkan : Kategori pertama adalah pelajar program pengajian peringkat Sijil, Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Pasca Siswazah yang memerlukan praktikal, makmal, klinikal, latih amal, studio, bengkel dan peralatan khas. Kategori kedua membabitkan pelajar yang tidak mempunyai akses dan persekitaran tidak kondusif bagi melaksanakan PdP dalam talian. Ketiga, pelajar Asasi atau Setara dan Diploma yang sedia ada di kampus boleh […]   Read more...

    This article is copyright ©  UTHM News

  • Tenaga nuklear sebagai sumber tenaga elektrik

    penjanaan tenaga nuklear_majalahsains.com
    Umumnya, reaktor nuklear berperanan sebagai loji yang digunakan untuk menghasilkan tenaga. Menurut International Atomic Energy Agency (IAEA), lebih 400 reaktor di 30 buah negara  menghasilkan kira- kira 11 peratus elektrik dunia. Agensi ini ditubuhkan bagi mewujudkan jaringan kerjasama saintifik dan teknikal berkenan bidang nuklear dalam memastikan ia kekal selamat dan seterusnya menyumbang kepada keamanan dan keselamatan antarabangsa. Selain itu, IAEA juga menggalakkan pertukaran maklumat dan kerjasama antarabangsa mengenai inovasi teknologi dalam teknologi reaktor yang berbeza. Secara tidak langsung, pendekatan IAEA ini dapat membantu dalam meningkatkan jaringan kerjasama dunia berkaitan reaktor nuklear sama ada proses, teknologi, inovasi serta aplikasi. Persatuan Nuklear Dunia menyatakan pada masa hadapan, permintaan terhadap tenaga elektrik dunia akan meningkat menjelang tahun 2040 disebabkan oleh peningkatan bilangan penduduk, […]   Read more...

    This article is copyright ©  UTHM News

  • UTHM dan PDSB meterai perjanjian, lebarkan jaringan kerjasama dalam industri rel

    KUALA LUMPUR – Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan Prestigous Discovery Sdn. Bhd. (PDSB) telah menandatangani memorandum perjanjian (MoA) pada 14 Januari 2021 melibatkan projek bernilai RM 200,361.00. MoA tersebut melibatkan kerjasama dalam program perundingan Reliability, Availability, Maintainability and Safety (RAMS) sekali gus aktiviti-aktiviti penyelidikan dan pembangunan yang akan melibatkan penyelidik dan pelajar UTHM dalam bidang kejuruteraan rel, pembangunan perisian, kejuruteraan elektrik dan elektronik, pertanian pintar dan sebagainya. Sesi menandatangai perjanjian MoA, UTHM diwakili oleh Ketua Perunding Profesor Madya Dr. Nor Aziati Abdul Hamid dan Ts. Dr. Hairulazwan Hashim selaku perunding bersama, manakala pihak PDSB diwakili oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Ir. Azharuddin Md. Kassim dan Pengarah Urusan, En. Azman Nordin. Dalam usahasama ini juga pihak PDSB telah menaja kos […]   Read more...

    This article is copyright ©  UTHM News

  • GPS BESTARI - Dr. Juita wanita pertama miliki lesen juruterbang kawalan dron profesional

    GPS BESTARI, 17 Februari 2021  |  MOHD KHAIRUL ANAM MD KHAIRUDIN Pensyarah dari Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Dr Siti Juita Mastura Mohd Saleh, 39, menjadi wanita Malaysia pertama memiliki lesen Juruterbang Kawalan Dron Profesional atau Remote Pilot License (RePL) yang diiktiraf oleh Lembaga Keselamatan Penerbangan Awam (CASA), Australia. Beliau yang merupakan pensyarah dan penyelidik di Jabatan Kejuruteraan Aeronautik, Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FKMP) mendapat lesen tersebut pada tahun 2019. Dalam industri yang dimonopoli oleh kaum lelaki, beliau mempunyai kepakaran dalam bidang Struktur dan Reka Bentuk Pesawat, khususnya berkaitan Composite Aerostructures. Graduan Doktor Falsafah Kejuruteraan Aeroangkasa dari Cranfield University, United Kingdom itu bergiat aktif bukan sahaja dalam bidang penyelidikan malah menjadi penggerak kepada pembangunan pensijilan aeroangkasa khususnya berkaitan teknologi […]   Read more...

    This article is copyright ©  UTHM News

  • Utusan Malaysia - UTHM sedia sambut pelajar ke kampus

    Oleh MOHAMAD FAHD RAHMAT, 16 Februari 2021, 7:39 pm BATU PAHAT: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) sudah bersedia bagi menyambut ketibaan pelajar berkeperluan khas selepas mereka dibenarkan pulang semula ke kampus bagi mengikuti Semester II Sesi 2020/2021. Pejabat Pemasaran dan Komunikasi Korporat UTHM memaklumkan, pihaknya akan mengikuti prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Kementerian Pengajian Tinggi bagi mencegah dan mengekang risiko penularan wabak Covid-19. Katanya, kira-kira 2,000 kakitangan pentadbiran dan pengurusan sudah bersedia bagi membolehkan pelajar yang dikelaskan dalam enam kategori itu menjalani sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) secara fizikal dan dalam talian (hibrid) bermula 1 Mac ini. “Pelajar kategori 1 yang dibenarkan pulang adalah daripada program pengajian peringkat sijil, diploma, ijazah sarjana muda dan pasca siswazah yang memerlukan aktiviti […]   Read more...

    This article is copyright ©  UTHM News

    • UTHM TV Video

       
    • Gallery

        29387358464  9348475627456  635981368673