PEJABAT PEMASARAN
&
KOMUNIKASI KORPORAT

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

  • UTHM prihatin bantu mangsa pencemaran Sungai Kim Kim

    PASIR GUDANG, 19 Mac – Sebagai tanda keprihatinan terhadap nasib yang menimpa penduduk Pasir Gudang yang terkesan akibat pencemaran sisa kimia di Sungai Kim Kim, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menghantar wakil ke Bilik Gerakan Bencana, Stadium Perbandaran Pasir Gudang bagi menyampaikan sumbangan. Antara barangan yang disumbang adalah susu segar, biskut, roti, air minuman serta topeng muka. Sumbangan disampaikan oleh Ketua Biro Kebajikan, Persatuan Pegawai Pentadbir dan Ikhtisas (PENTAS) UTHM, Ezuan Jamil yang mewakili majlis Wakil Pekerja UTHM. Projek ini adalah di bawah kelolaan Kluster Prihatin Ummah, Kempen Sayangi UTHM yang diketuai oleh Norhakim Mohd Ismon. “Sumbangan ini sedikit sebanyak diharapkan dapat meringankan beban yang ditanggung mangsa pencemaran serta petugas sukarelawan yang melaksanakan tanggungjawab di sana,” kata Ezuan. […]

    Baca Selanjutnya...

  • Pusat Pengajian Bahasa anjur Bengkel Pemurnian Kurikulum

    Bagi memastikan kandungan silibus dan juga penilaian kursus yang diajar selari bagi setiap kursus, Pusat Pengajian Bahasa (PPB), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah mengadakan Bengkel Pemurnian Kurikulum pada 14 Februari lalu. Bengkel yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Outcome Based Education (OBE) yang berlangsung selama satu hari ini melibatkan staf seramai 19 orang yang terdiri daripada ahli jawatankuasa OBE dan penyelaras kursus yang ditawarkan oleh PPB di bawah Jabatan Bahasa Antarabangsa dan Jabatan Bahasa Inggeris. Menurut penyelaras program, Siti Hajar Bidin bengkel yang diadakan pertama kali ini bertujuan untuk memastikan kandungan silibus dan juga penilaian kursus yang diajar selari bagi setiap kursus. Ia juga membolehkan semua penyelaras berbincang untuk memurnikan silibus, Prosedur Perlaksanaan Kuliah (RPP 04), Jadual Penentu Ujian (JPU) […]

    Baca Selanjutnya...

  • Mobiliti Inbound: UTHM terima kehadiran 6 tetamu dari Jepun

    Jabatan Bahasa Antarabangsa (JAB), Pusat Pengajian Bahasa, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menganjurkan program mobiliti Inbound pelajar universiti dari negara Jepun pada 6 hingga 13 Mac lalu. Program ini telah disertai oleh empat pelajar dari Kyusyu University, Prefectural University of Kumamoto dan Tokyo University of Science bersama dua staf dari Global Education and Human Exchange Association (GLEEA) iaitu Kono Masaru selaku Penaung dan Chie Nakamura selaku Pengarah. Menurut Ketua JAB, Nurul Sabrina Zan program ini turut dibantu oleh 40 orang pelajar UTHM yang mengambil kursus elektif Bahasa Jepun. Tambahnya para pelajar tersebut telah menjayakan pelbagai aktiviti berunsurkan kebudayaan Jepun dan Malaysia sepanjang lapan hari program berlangsung. Mereka juga tidak melepaskan peluang untuk mempraktikkan Bahasa Jepun yang dipelajari dan […]

    Baca Selanjutnya...

  • FKAAS bantu gotong royong perdana SK Convent Batu Pahat

    BATU PAHAT – Jabatan Kejuruteraan Bangunan dan Pembinaan (JKBP) dan Jabatan Senibina dan Kejuruteraan Reka (JSKR), Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar (FKAAS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) berkolaborasi dengan Sekolah Kebangsaan Convent Batu Pahat (SKCBP) dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) melaksanakan aktiviti gotong royong perdana di persekitaran sekolah terbabit pada 16 Mac lalu. Aktiviti yang melibatkan 175 sukarelawan ini berganding bahu melakukan kerja-kerja mengecat garisan kuning di lokasi-lokasi terpilih untuk tujuan keselamatan murid, menutup lubang (pothole) dengan bancuhan simen konkrit, membina struktur sinki dengan ikatan batu bata, memecah dan membersih konkrit terbiar menggunakan concrete breaker, menyenggara dan membaik pulih kerusi, bangku, pintu dan tingkap, membina dan memasang pintu di bilik wudhuk. Mereka juga turut melukis mural […]

    Baca Selanjutnya...

  • Program Townhall Bersama Menteri didik belia hayati konsep ‘Rahmatan Lil Alamin’

    Penghayatan Islam bagi golongan belia khususnya mahasiswa amat penting sebagai perisai ilmu yang akan menangkis fahaman liberal dan radikal yang semakin menular dalam kalangan masyarakat. Mahasiswa perlu didekatkan dengan aktiviti-aktiviti ilmiah berkonsepkan keagamaan agar mereka mendapat pengetahuan asas berkaitan agama. Atas dasar inilah Sekretariat Rakan Muda dan Sekretariat Sahabat Yadim Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) bekerjasama untuk menganjurkan program Townhall Bersama Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Islam), Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa khusus untuk pelajar di universiti ini dan masyarakat sekitarnya. Program yang diadakan pada 14 Mac lalu bertempat di Dewan Tunku Mahkota Ismail ini bertujuan meningkatkan pembangunan ilmu dalam kalangan belia selain sebagai inisiatif untuk mengubah persepsi mereka melalui pendekatan keagamaan mengikut trend dan […]

    Baca Selanjutnya...

  • 83 sukarelawan UTHM tanam 1000 benih bakau pulihara pesisiran pantai

    PONTIAN – Seramai 75 pelajar dan lapan pensyarah Fakulti Kejuruteraan Awam dan Alam Sekitar (FKAAS), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) berganding bahu memerah keringat menanam 1000 benih bakau di pesisiran Pantai Rimba Terjun pada 12 Mac lalu. Program anjuran Micropollutant Research Centre (MPRC) dan Jabatan Kejuruteraan Air dan Persekitaran, FKAAS dengan kerjasama Jabatan Hutan Daerah Johor Selatan ini diadakan sempena berlangsungnya program ‘Let’s Clean Go Green 2019′ dan ‘Hari Hutan Sedunia.’ Aktiviti ini diadakan bertujuan untuk memulihara hutan bakau yang bertindak sebagai pelindung semula jadi daripada ribut dan ombak yang menghakis pantai serta membantu menangani ketidakseimbangan karbon dioksida dalam atmosfera. Menurut Ketua Jabatan Kejuruteraan Air dan Persekitaran, FKAAS, Dr. Rafidah Hamdan hutan paya bakau adalah tempat pembiakan dan perlindungan […]

    Baca Selanjutnya...

  • Sumbangan serendah RM1 biayai ‘Roti Kasih Sayang TEMAN’ anjuran FPTP

    Jabatan Pengurusan dan Teknologi, Fakulti Pengurusan Teknologi dan Perniagaan (FPTP), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM),Kelab TEMAN dengan kerjasama Mobile Fiesta Management buat julung-julung kalinya menganjurkan Program ‘Roti Kasih Sayang TEMAN’ yang berlangsung pada  11 dan 12 Mac lalu bertempat di perkarangan fakulti tersebut. Program ini menyasarkan komuniti dan masyarakat luar sebagai penderma serendah RM1 dan para pelajar UTHM sebagai entiti yang menerima sebuku roti secara percuma. Program ini diadakan bertujuan untuk membudayakan amalan bersedekah dalam kalangan masyarakat khusus untuk pelajar yang sedang berjihad ilmu dan kurang berkemampuan. Di samping itu program ini juga dilaksanakan untuk menggalakkan pelajar-pelajar UTHM berkunjung ke FPTP bagi memeriahkan aktiviti keusahawanan yang dijalankan selain sebagai usaha menambahbaik kemahiran kepimpinan dan kemahiran berkomunikasi dalam kalangan pemimpin […]

    Baca Selanjutnya...

  • Program Fly For Heart pupuk minat belia kenali dunia penerbangan

    SENAI – Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) melalui Fakulti Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan (FKMP) telah menganjurkan program Fly for Heart melibatkan golongan belia termasuklah golongan orang kelainan upaya (OKU) dan belia Orang Asli Suku Kaum Seletar pada 5 Mac lalu bertempat di Wilayah Iskandar Malaysia. Program yang berlangsung selama empat hari di Lapangan Terbang Antarabangsa Senai dan Le Grandeur Palm Resort Johor ini dianjurkan bertujuan memupuk semangat saling bantu membantu dan menyayangi sesama masyarakat di samping menanam nilai-nilai murni dalam pembentukan masyarakat yang harmoni. Aktiviti utama bagi program ini adalah penerbangan menaiki pesawat ringan Piper PA-28 dan Cessna 172  selama sejam bersama Elite Flying Club mengelilingi Wilayah Iskandar Malaysia. Peluang keemasan seperti ini sangat mampu menarik minat dan galakan […]

    Baca Selanjutnya...

  • UTHM dan UGM bekerjasama anjur Program Pertukaran Pelajar 2018-2019

    PAGOH – Beberapa pelajar dari Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi (FAST), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) dan Fakultas Biologi, Universitas Gadjah Mada (UGM) telah terpilih mengikuti Program Pertukaran Pelajar 2018-2019 yang telah dan sedang dilaksanakan selama satu semester. Program pertukaran pelajar ini merupakan salah satu aktiviti yang dirancang selepas kedua-dua universiti ini  menandatangani Memorandum of Agreement (MoA) pada September 2017 lalu bertempat di Yogyakarta, Indonesia semasa berlangsungnya program  International Conference on Biological Sciences (ICBS) 2017. lima pelajar program Sarjana Muda Sains (Kepelbagaian Biologi & Pemuliharaan) iaitu Hanis Azman, Mohd Amril Ramzi Mohd Rahim, Nur Raihan Maheran, Nurin Husnina Mohd Faid dan Nurul Afiqah Mohd Azman telah terpilih untuk ke kampus UGM setelah melalui saringan yang agak ketat yang diselaraskan […]

    Baca Selanjutnya...

  • STEM UTHM raih emas di Malaysian Technology Expo 2019

    BATU PAHAT – Pasukan Science, Technology, Engineering and Mathematics (STEM) daripada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) berjaya merangkul pingat emas di STEM Mentor-Mentee Awards 2019 bersempena penganjuran Malaysian Technology Expo (MTE) 2019 yang berlangsung pada 21 hingga 23 Februari lalu. MTE 2019 yang berlangsung di Putra World Trade Center (PWTC), Kuala Lumpur ini berjaya menghimpunkan pelbagai pihak yang berpayungkan minat, misi serta visi yang sama dalam mempromosikan STEM di segenap lapisan masyarakat. MTE 2019 diwakili oleh Dekan Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi (FAST), Profesor Madya Dr. Mohd Kamarulzaki Mustafa bersama Dr. Furzani Pa’ee serta Dr. Jabbar Al-Fattah Yahaya dan Dr. Ain Nazari dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik (FKEE). Projek-projek STEM UTHM yang telah dipertandingkan merangkumi hasil kerja perundingan […]

    Baca Selanjutnya...

    • fandi
    • asri
    • WhatsApp-Image-2018-08-15-at-12.32.13-PM
    • 140518Osman
    • 160518mejerjeneral
    • fandi
    • asri
    • WhatsApp-Image-2018-08-15-at-12.32.13-PM
    • 140518Osman
    • 160518mejerjeneral
    • 190418biasakan

    • 070518jimatkertas

    • 190518samabunyi

    • 160418basikaljalankaki

    • 160518berpuasa

    • 260418kogsiilmu

    • 150518xmembazir

    • 010618fokus

    • 250418batasanmasa

    • 140518kitarsemula

    • 180418ontime

    • 170518faham

    • 080518hormat

    • 020518istilahtek

    • 170418todolist

    • 240418salamhormat

    • 020518tepatimasa

    • 230518berilmu

    • 010418silakan

    • 090518hadirawal

    IDENTITI UTHM
    TEMPLAT SLIDE PEMBENTANGAN
    HEBAHAN DAN PROMOSI
    PROTOKOL & PENGURUSAN MAJLIS
    FACEBOOK BAHAGIAN PERHUBUNGAN AWAM
    PERMOHONAN REKAAN GRAFIK DAN PERCETAKAN

    News@UTHM

    • UTHM prihatin bantu mangsa pencemaran Sungai Kim Kim

      Berita UTHM 20 Mar, 2019 | 08:32 am

      PASIR GUDANG, 19 Mac – Sebagai tanda keprihatinan terhadap nasib yang menimpa penduduk Pasir Gudang yang terkesan akibat pencemaran sisa kimia di Sungai Kim Kim, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menghantar wakil ke Bilik Gerakan Bencana, Stadium Perbandaran Pasir Gudang bagi menyampaikan sumbangan. Antara barangan yang disumbang adalah[…]

      Read more...
    • Pusat Pengajian Bahasa anjur Bengkel Pemurnian Kurikulum

      Berita UTHM 19 Mar, 2019 | 15:38 pm

      Bagi memastikan kandungan silibus dan juga penilaian kursus yang diajar selari bagi setiap kursus, Pusat Pengajian Bahasa (PPB), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah mengadakan Bengkel Pemurnian Kurikulum pada 14 Februari lalu. Bengkel yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Outcome Based Education (OBE) yang berlangsung selama satu hari ini melibatkan staf[…]

      Read more...
    • Mobiliti Inbound: UTHM terima kehadiran 6 tetamu dari Jepun

      Berita UTHM 19 Mar, 2019 | 15:26 pm

      Jabatan Bahasa Antarabangsa (JAB), Pusat Pengajian Bahasa, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) telah menganjurkan program mobiliti Inbound pelajar universiti dari negara Jepun pada 6 hingga 13 Mac lalu. Program ini telah disertai oleh empat pelajar dari Kyusyu University, Prefectural University of Kumamoto dan Tokyo University of Science bersama dua[…]

      Read more...

    VIDEO KORPORAT